Logo korporat (Versi Lainnya) Penjemaan Malaysia Airlines

Sejarah syarikat penerbangan ini bermula pada 1937 apabila Malayan Airways Limited didaftarkan sebagai sebuah syarikat. Operasi penerbangan bermula pada 1947 menggunakan pesawat membawa simbol Harimau Bersayap. Pada tahun 1963, syarikat penerbangan ini telah dinamakan Malaysian Airways Limited apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Dalam masa yang sama, Borneo Airways Limited juga diserap masuk ke dalam Malaysia Airways Limited.

Pada 1965, dengan perpisahan politik Singapura daripada Malaysia, terdapat penglibatan yang berterusan daripada kerajaan Malaysia dan Singapura dalam syarikat penerbangan ini. Pada 1967, syarikat penerbangan ini dinamakan semula sebagai Malaysia-Singapore Airline Limited (MSA) lalu menjadi syarikat penerbangan kebangsaan yang dikongsi oleh kedua-dua negara dengan logo yang baru diperkenalkan. Pada tahun 1971, Malaysia-Singapore Airline Limited telah dipecahkan kepada dua syarikat penerbangan, masing-masing dengan polisi dan objektif yang tersendiri, dan terlahirlah syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysian Airlines System (MAS) pada 3 April 1971. Nama tersebut dipilih kerana singkatan kepada nama tersebut (MAS) bermaksud emas dalam Bahasa Melayu, yang juga menggambarkan perkhidmatan yang berkualiti.

Logo korporat Malaysia Airlines baru direka oleh Institut Teknologi MARA telah diperkenalkan pada 15 Oktober 1987. Selaras dengan logo korporat baru, taip terbaru juga diperkenalkan - MALAYSIA. Tulisan ini ditulis dalam bentuk italic supaya bersesuaian dengan logo untuk melambangkan arah tujuan serta kelajuan. Abjad-abjad MAS dalam taip terbaru ini diletakkan sedikit warna merah yang menandakan nama asal syarikat tersebut, Malaysia Airlines System (MAS) selepas rekaan asalnya tidak diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penggunaan warna biru yang ditambah pada warna asal merah mempunyai nilai kebangsaan. Warna merah dan biru ini dibahagikan pada garisan tengah logo untuk melambangkan kesaksamaan.

Rujukan

WikiPedia: Penjemaan Malaysia Airlines http://www.siriustravel.be/pdf/MH_oct2010.pdf http://atwonline.com/delete/malaysia-airlines-unve... http://www.campaignasia.com/article/malaysia-airli... http://www.jadeay.com/industrial-structural-design http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/200... https://www.marketing-interactive.com/malaysia-air... https://onemileatatime.com/beautiful-malaysia-airl... https://worldairlinenews.com/2014/07/28/malaysia-a... https://web.archive.org/web/20090105062333/http://...